Warga emas disyaki dibunuh, 2 ditahan
FMT Reporters
PETALING JAYA: Dua individu ditahan kerana disyaki membunuh warga emas dalam kejadian di Taman Sri Skudai, Johor, semalam.
Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu sekitar 7.08 malam.
“Mangsa berumur 79 tahun telah ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu dan bertutup dengan kain batik. Siasatan awal mendapati beberapa barang milik mangsa telah hilang dan dipercayai telah diambil suspek.
“Pemeriksaan dijalankan pihak perubatan Hospital Sultanah Aminah kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan sambil menambah terdapat unsur jenayah menjurus kematian mangsa.
Katanya, keterangan diambil melibatkan waris mangsa didapati meragukan, sekali gus membawa kepada penangkapan seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 51 dan 58 tahun.
Menurutnya, semakan rekod jenayah mendapati seorang suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.
Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit, satu bantal, dan dua keping cebisan resit pajak gadai.
“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Feb. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan