"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes tembak Tanjung Rhu: Seorang suspek dalam buruan ditahan

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang daripada dua lelaki warga Indonesia yang diburu polis berhubung insiden tembakan di Tanjung Rhu, 24 Januari lalu, ditahan sekitar Teluk Panglima Garang, di Banting, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata suspek berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam kelmarin bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan itu.

"Suspek masuk sebagai pelancong, kita tahan untuk bantu siasatan dan kertas siasatan hampir siap dan mungkin boleh menuju kepada Timbalan Pendakwa Raya seawal minggu depan.

"Setakat ini 14 saksi daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah dipanggil dan kemungkinan daripada mereka ini akan dipanggil lagi untuk sambung rakam percakapan.

"Ada beberapa perkara lagi (berhubung kes ini) yang kita nak perjelaskan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu media melaporkan, polis Selangor masih memburu dua lelaki warga Indonesia yang menghantar tiga daripada empat pendatang tanpa izin (PATI) ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas cedera dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.

Hussein dilapor berkata, dua lelaki berkenaan dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan malah pihaknya juga percaya terdapat beberapa lagi individu lain terbabit berdasarkan saiz bot dan percakapan daripada saksi.

Sebelum itu, media melaporkan Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang) menerima tiga lelaki yang mengalami kecederaan akibat ditembak pada minggu lalu.

Ketiga-tiga lelaki dipercayai warga Indonesia itu mengalami kecederaan akibat tembakan dihantar ke unit kecemasan hospital berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Tiada ulasan: