"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS tuntut undi pos hanya untuk tentera di kem / UBN Najib Altantuya

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 2 Okt: PAS meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencari satu kaedah untuk memastikan hanya pemilih yang benar-benar berada dalam kem sahaja yang layak mengundi secara pos.

Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali berkata, ini kerana semakan yang dibuat oleh PAS mendapati hanya seramai 1,200 orang tentera yang benar-benar tinggal di kem yang terletak di Dun Bagan Pinang, berbeza dengan senarai daftar pemilih yang dikeluarkan SPR iaitu seramai 5,000 pemilih.

"Semakan yang PAS buat sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem di Dun ini (Bagan Pinang) hanya 1,200 orang. Sebahagian besar yang lain dah bersara. Tapi dalam senarai daftar pemilih ada 5,000 orang." katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini.

Menurutnya juga, mengikut kaedah pilihan raya, apabila seseorang tentera tidak lagi tinggal di kem, individu tersebut layak mengundi secara biasa dan tentera yang sudah bersara tidak boleh lagi tinggal di kem.

PAS tegasnya bimbang jika pemilih yang tidak berada di kem turut dibenarkan mengundi secara pos.

"Saya boleh jangka SPR mesti jawab nama siapa yang ada dalam senarai daftar pemilih, dia layak mengundi pos. Tapi SPR kena pastikan bahawa pemilih yang sudah tidak ada di kem tidak layak mengundi pos," tegasnya.

Beliau juga berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa nama-nama seramai 5,000 orang itu masih kekal dalam senarai daftar pemilih sedangkan ada yang sudah berpindah ke kem lain di luar Dun berkenaan selain yang telah bersara.

"Perkara ini menimbulkan persoalan. Dari sudut pengundi yang layak mengundi secara pos, adakah daftar pemilih itu benar-benar bersih." katanya.

PAS ujarnya sudah mencadangkan beberapa kaedah untuk menyelesaikan perkara ini namun SPR belum membuat apa-apa keputusan.

Dari sudut undang-undang, SPR memang tidak ada kuasa untuk memindahkan pemilih ke kawasan lain, namun ujarnya badan itu harus bertanggungjawab memastikan pilihan raya diadakan secara telus dengan tidak mengambill kesempatan ke atas undi pos.

"Memang SPR tak ada kuasa (keluarkan nama pemilih) tapi sewajarnya bila dah tau tentera tu dah bersara, tak bolehlah benarkan undi pos lagi." tambahnya lagi.

Tiada ulasan: