"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zulkefly calon terbaik Pakatan - Presiden PAS

Dzulfikar Mashoor
BAGAN PINANG, 30 Sept: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Zulkefly Mohamad Omar adalah calon terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau yakin rakyat akan terus menyokong calon terbaik PAS, sebagaimana yang dapat dilihat dalam tujuh siri pilihanraya kecil sebelum ini.

"Kita sudah melihat perubahan (dalam) tujuh (pilihanraya kecil) sebelum ini. InsyaAllah, kita yakin rakyat berkehendak perubahan di Bagan Pinang juga," ujar Hadi.

Hadi turut berkeyakinan perubahan yang diramalkan berlaku di Bagan Pinang akan merebak ke seluruh negri yng banyak mengamalkan adat perpatih itu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat mahu menjadikan Bagan Pinang sebagai pemangkin perubahan rakyat mewakili Selatan Semenanjung, sebagaimana yang telahpun ditunjukkan rakyat Pantai Barat Semenanjung dalam Thunami Politik 8 Mac lalu.

ImagePesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga calon Pakatan di sini, Zulkefly Mohamad Omar menganggap pencalonannya bukan sekadar mewakili PAS dan Pakatan, sebaliknya mewakili kehendak perubahan rakyat Negeri Sembilan, khususnya penduduk tempatan, di sini sendiri.

"Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk buat perubahan. Kita masuk (sertai pilihanraya) kerana bersama kehendak rakyat," katanya.

Mengakui pencabarnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad lebih dikenali ahli-ahli Umno tempatan, Zulkefly mengaku beliau juga sebenarnya anak jati Negeri Sembilan.

Beliau yang juga berkeyakinan pengundi kawasan ini bijak membuat perhitungan dengan memilih calon yang bersih dan amanah.

Turut menyertai sidang media di Markaz Utama DAP di Batu 9, di sini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas, dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub serta pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

Penampilan sulong Zulkefly bersama muafakat pemimpin-pemimpin utama PAS, DAP dan PKR semalam dipercayai khalayak, mampu mengukuhkan sokongan rakyat pada cita-cita perubahan bersama Pakatan seperti sebelum ini.

Tiada ulasan: