"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

CALON ISA: UMNO SUDAH HABIS GAS

Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam SeMalaysia (Pas) menyifatkan umno sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas kerana mencalonkan Tan Seri Isa Samad sebagai calon PRK di Bagan Pinang pada 11, Oktober 2009.

Pencalonan beliau menggambarkan umno sudah kehilangan orang yang berwibawa dan calon yang bersih dari segi moral dan rasuah. Sabitan kesalahan rasuah telah menyebabkan beliau kehilangan jawatan Naib Presiden dan Menteri Wilayah Persekutuan oleh jawatankuasa tatatertib umno.

Mungkin pencalonan beliau, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak terhutang budi kepada Tan Seri Isa Samad sewaktu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan satu ketika dahulu.

Kita mengharapkan semua pengundi yang berada di Bagan Pinang adalah mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh akan membuat perhitungan yang tepat untuk memilih wakil rakyat di kawasan mereka.

Sebagai mana sedia maklum Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang mempunyai ramai pengundi tentera yang kita tahu mereka adalah orang yang berdisiplin dan bermoral tidak akan rela berketuakan orang yang telah terpalit dengan rasuah.

Perlantikan Tan Seri Isa sebagai calon adalah satu kayu ukur, hendak menunjukkan bahawa pemimpin umno tidak ada kesungguhan memerangi rasuah. Kajian Transparency International (TI), menunjukan rekod Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 sedangkan tahun 2007 indeks rasuah hanya tangga 43.

Oleh itu Pas menyeru pengundi Bagan Pinang selamatkan negara daripada berketuakan parti perasuah yang boleh membinasakan negara.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan: