"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Salahguna Harta Kerajaan : Polis didakwa, Muhyiddin dilepas?

Anak Sungai Derhaka

Dalam kes bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff, pihak SPRM telah mendakwa beliau menyalahguna kuasanya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk perolehan kewangan dengan mengarahkan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu, di mana syarikat hartanahnya Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kevin Morais dan Joyce Blasius, memanggil 75 saksi dalam perbicaraan yang berlangsung selama 59 hari antara 13 Mei 2008 dan 6 Julai tahun lepas.

Bagaimanapun, dalam penghakiman hari ini yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Sebli telah berkata tuduhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai banyak kesilapan dari awal perbicaraan lagi.

Keputusannya Mahkamah Tinggi Sabah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan
membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff .

Itu adalah kes yang melibatkan dakwaan terhadap seorang Bekas Pesuruhjaya Polis Sabah yang telah dituduh menggunakan pesawat polis untuk tujuan peribadi hampir tiga tahun lalu.
Nuri ini bukan milik UMNO..

Bagaimana pula dengan kes seorang pemimpin UMNO yang telah menyalahgunakan Helikopter Nuri milik TUDM untuk tujuan dan kepentingan UMNO.

Beliau telah dilaporkan menggunakan pesawat NURI milik TUDM itu untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat pada 15 Ogos 2009.

Selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat beliau akan merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula.

Malangnya Helikopter Nuri milik TUDM yang membawa beliau terpaksa membuat
pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Turut berada beliau di dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Dan menurut laporan The Malaysian Insider pada 23 Nov 2009, dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Kit Siang, Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah mengatakan SPRM masih menyiasat dakwaan penyalahgunaan Helikopter Nuri milik TUDM itu untuk tujuan tidak rasmi.

Pada hari yang sama juga iaitu pada 23 Nov 2009 Nazri juga telah berkata,
Muhyiddin layak menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan garis panduan penggunaan pesawat itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Katanya lagi garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Antara asas pertimbangan kelulusan permohonan adalah bagi perjalanan yang tiada perkhidmatan udara MAS dan juga meliputi kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan pesawat helikopter untuk sampai ke destinasi tersebut dengan kadar yang cepat,"

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin memang layak menggunakan Helikopter Nuri itu untuk tugas-tugas rasmi.. tetapi beliau telah menggunakan Helikopter Nuri itu atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO yang mempengerusikan mesyuarat UMNO..Bukan sebagai Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan mempengerusikan mesyuarat kerajaan Negeri..

Hingga ke hari ini 18 March 2010, Muhyiddin masih belum diheret ke Mahkamah oleh SPRM sebagaimana bekas Pesuruhjaya Polis Sabah itu dihadapkan ke Mahkamah…..

Adakah Harta Kerajaan itu Harta UMNO? Dan Harta UMNO itu harta Mak Bapak Depa?

Tiada ulasan: