"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ucapan Zahrain bukan hasrat pengundi Bayan Baru

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 18 Mac:
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap segala pengucapan berbaur dendam oleh Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat tengah hari tadi bukanlah mewakili hasrat sebenar pengundi-pengundi Parlimen Bayan Baru.

Ini kerana kemenangan Datuk Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen Bayan Baru pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dianggap hasil sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukannya atas faktor peribadinya.

“Saya kira pengundi di Bayan Baru memilih Datuk Zahrain bukan disebabkan (status) kebebasannya itu, mereka memilih Zahrain atas nama Pakatan Rakyat,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru.

Dalam nada yang menyindir, Dr Mujahid turut meminta Zahrain menyertai kem Ahli Parlimen BN kerana Ahli Parlimen Bebas itu mendakwa perjuangan Pakatan Rakyat adalah ‘jijik’ dan ‘najis’.

Sebelum pada itu, Zahrain berkata, Pakatan Rakyat adalah suatu konspirasi demi menipu rakyat.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang turut menganggap Pakatan Rakyat sebagai ‘cimpazi dalam sarkas’.

Disebabkan itu, beliau mengambil sikap menentang Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Tangga Batu, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Datuk Idris Haron dilihat mempertahankan Zahrain ketika beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil bahagian mempertikai ucapan Zahrain.

Tiada ulasan: