"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tujuh kanak-kanak dan seorang guru tadika mati ditetak

Tujuh kanak-kanak dan seorang guru tadika mati ditetak di Nanzheng, Shaanxi, barat laut China, semalam. Sebelas pelajar lain cedera, dua daripadanya parah.

Seorang lagi guru turut cedera selepas Wu Huanmin, 48, menyerbu masuk sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Wu menggunakan pisau pemotong daging untuk membunuh lima kanak-kanak lelaki, dua perempuan dan guru mereka.

Selepas serangan itu, Wu dilapor pulang ke rumah dan membunuh diri.

“Kami tak pasti motifnya,” kata sumber polis.

Saksi, Zheng Xiulan berkata, Wu menyewakan bilik yang dijadikan tadika swasta itu.

“Hanya dua kanak-kanak tidak cedera. Saya tak pasti kenapa beliau lakukannya. Beliau tak pernah mengalami sakit mental. Beliau juga bukan miskin,” katanya.

–Reuters/selatanonline-

Tiada ulasan: