"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perhimpunan 'Bangkit Melayu' ditangguh

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' yang dijadual berlangsung di Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah menasihatkan supaya perhimpunan itu ditangguhkan.

"Ramai yang be
lum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka tidak tahu," katanya ketika dihubungi.

Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk "memotivasikan" masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.

Mengikut perancangan awalnya, kira-kira 10,000 akan berhimpun di stadium tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu esok.

Semalam PAS membantah penganjuran perhimpunan tersebut kerana beranggapan ianya "berbahaya dan tidak sihat" kepada hubungan kaum di Malaysia.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: