"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM kesal saksi kes berpaling tadah

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan tindakan sesetengah saksi kes yang berpaling tadah dengan memberi keterangan bercanggah di mahkamah dengan keterangan yang diberikan kepadanya.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata ini menyebabkan sesetengah kes yang dibicarakan terpaksa ditutup kerana pihak pendakwaan SPRM tidak mahu menerima keterangan lanjut saksi disebabkan keterangan yang bercanggah.

“Apabila perkara ini berlaku Timbalan Pendakwa raya (DPP) terpaksa menutup kes tersebut, jadi ada pihak yang akan menuding jari kepada kita kerana dikatakan tidak menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ini menyebabkan SPRM terpaksa mengambil tindakan terhadap saksi-saksi kes mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu dan boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan denda.

Katanya, sebagai contoh kes rasuah yang membabitkan Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya Halimi Kamaruzaman yang dilepas dan dibebaskan mahkamah daripada pertuduhan rasuah kerana keterangan sembilan saksi kes itu bercanggah dengan percakapan awal mereka kepada SPRM.

Mustafar berkata apabila keterangan saksi itu bertukar, pihak pendakwaan SPRM terpaksa menarik balik pertuduhan dan terpaksa berhenti menerima keterangan saksi.

“Sebaliknya orang yang disabitkan kesalahan akan terlepas daripada pertuduhan manakala saksi kes pula, yang dituduh di mahkamah kerana memberi keterangan yang bercanggah,” katanya.

Beliau menasihati masyarakat supaya memberi keterangan yang tepat dan tidak bercanggah kerana keterangan itu akan digunakan sebagai bukti kes apabila di bawa ke mahkamah.

Katanya, apabila keterangan yang diberikan bercanggah akan menyukarkan pendakwaan terhadap tertuduh dan usaha SPRM dalam memerangi rasuah dianggap gagal.

“Kita berharap masyarakat dapat memberi kerjasama kepada SPRM dalam usaha memerangi rasuah,” katanya.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang hari ini, setelah pihak pendakwa tidak mahu meneruskan kes kerana keterangan saksi bercanggah dengan keterangan yang diberikan kepada SPRM.

Sementara itu, Norza dalam kenyataan melalui peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata keputusan mahkamah tersebut tidak mengejutkan kerana sebelum itu segala tuduhan mengenai politik wang terhadapnya telah digugurkan oleh Jawatankuasa Disiplin Umno pada Mac tahun lepas.

“Sama ada saksi-saksi ini memberi keterangan betul pada perbicaraan atau dalam kenyataan, adalah untuk Mahkamah Temerloh untuk memutuskan,” katanya.

Norza dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Umno Mac tahun lalu.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.
-Bernama-

Tiada ulasan: