"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masa depan wakil rakyat Bebas akan berakhir

Harakahdaily
IPOH:
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjangkakan semua wakil rakyat Bebas akan hilang tempat mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata ini bersandarkan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kota Bharu baru-baru ini.

“Adakah mereka masih diberikan peluang bertanding atas nama Bebas atau bersediakah Barisan Nasional (BN) yang sudah mempunyai calon tersendiri memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, persoalan yang akan timbul adalah, jika BN bersedia memberikan mereka bertanding atas tiket BN untuk kali ini bermakna kerusi yang telah diperuntukkan kepada komponen BN di kerusi-kerusi tersebut yang telah termaktub akan berubah sama sekali.

Katanya, sudah tentu tuntutan kepada kerusi atas nama Bebas ini akan menimbulkan banyak masalah kepada BN sebenarnya.

Beliau juga cukup hairan dengan dakwaan yang sangat dangkal daripada Adun Bebas yang mengatakan akan terus berkhidmat kepada seluruh rakyat walaupun tidak lagi bersama parti semasa bertanding di dalam PRU ke-12 dahulu.

“Sebenarnya kenyataan sumbang Adun Bebas ini hanyalah bertujuan untuk melepaskan diri mereka bersama dengan janji-janji atau keistimewaan yang sedang mereka perolehi,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat sebenarnya tidak akan mudah tertipu dengan alasan-alasan dangkal tersebut bagi menghalalkan tindakan mereka untuk keluar parti menjadi Bebas, dan membolehkan mereka mendapat keuntungan sebenar di atas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Tiada ulasan: