"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 Juta Pengundi Belum Daftar, SPR Selangor Peruntuk 6,000 Borang Sahaja

Hanya 6,000 borang diperuntukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor bagi memenuhi tuntutan kira-kira 2 juta pengundi yang masih belum mendaftar di negeri itu.

Demikian ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Malah ujarnya SPR Selangor hanya menyerahkan seribu borang kepada penolong pendaftar bagi memudahkan proses pendaftaran pengundi di negeri itu.

" Kami diberitahu oleh pihak SPR Selangor bahawa awal bulan ini kami diberitahu mereka mempunyai kekurangan borang, bahawa mereka di Selangor hanya menerima 6,000 borang daripada SPR pusat dan hanya 1,000 borang sahaja diperuntukkan kepada parti-parti politik kepada penolong pendaftar paqrti-parti politik" ujar Tony.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun lalu telah menganjurkan kempen Jom Daftar Undi bagi memberi kesedaran kepada rakyat di Selangor betapa pentingnya tanggungjaewab sebagai pemilih ditunaikan.

Bagaimanapun, usaha itu bagai cuba dibantutkan oleh SPR pusat dengan menghadkan borang pendaftaran.

" Kita rasa jumlah borang yang disediakan ini amat-amat kurang kerana dalam setiap kempen, pendaftaran pengundi baru yang kita adakan di Selangor yang besar, kita dapat sekurang-kurangnya 300-500 pengudi baru. Kalau seribu borang sahaja yang diperuntukkan kepada bulan JUn kepada semua parti politik termasuk parti politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ini merupakan jumlah yang jelas tidak mencukupi" tambahnya lagi.

Kerisauan itu ujarnya turut disuarakan oleh penolong pendaftar dari DAP di Selangor yang hanya menerima 50 borang apabila ke pejabat suruhanjaya berkenaan.

Paling teruk, ada juga yang langsung tidak mendapat apa-apa borang kerana dikatakan borang telah habis.

Tiada ulasan: