"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahlil Ustaz Hassan malam ini dan esok

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Jun:
Semua pemimpin dan penyokong PAS sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dijemput menyertai majlis tahlil arwah bekas timbalan presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang akan diadakan malam ini dan malam esok.

Majlis ini akan diadakan di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Taman Melawar yang juga perkarangan rumah Allahyarham.

Ia akan diadakan selepas solat Isya, kata Syed Mohamad Syed Hassan, pegawai Pejabat Agung PAS.

Majlis tahlil telah bermula malam tadi dengan disertai oleh lebih 100 penduduk sekitar Taman Melewar.


(Gambar: Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat menyembunyikan kesedihannya atas pemergian rakan seperjuangannya Hassan Shukeri. Sementara menanti jenazah untuk disembahyangkan Nik Aziz kelihatan termangu kesedihan. Beberapa kali dia menyapu air matanya yang deras mengalir di pipinya. Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man kelihatan cuba menenangkan Mursyidul Am PAS itu.)

Tiada ulasan: