"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Idea gila yang mahu membunuh rakyat

cucupakkasim
Apa sudah jadi dengan slogan KWSP "simpanan untuk hari tua anda"?
Lembaga Pengarah EPF, sudah pasti lah dengan arahan dari pihak kerajaan yang cuba melarikan diri mereka daripada menanggung segala perbelanjaan hospital dan kebajikan kesihatan rakyat telah meluluskan pengeluaran EPF untuk rawatan kesihatan bagi 36 jenis penyakit lagi daripada sebelum ini yang hanya merangkumi 13 jenis penyakit.

Gurkah-gurkah politik di'port' berpendapat yang tindakan dari EPF ini amatlah tidak boleh diterima. Itu baru pandangan dari gurkah-gurkah politik, belum lagi melihat pandangan daripada rakyat-rakyat yang terpaksa menghabiskan sehingga 10 ke 12 jam satu hari bekerja membanting tulang untuk hidup. Kalau dapatkan pandangan mereka, sudah pastilah berbakul-bakul sumpah seranah dan maki-makian yang akan EPF terima.

Majoriti penyumbang akaun EPF ini pada setiap bulan adalah rakyat yang bekerja dengan sektor-sektor swasta dan hanya bergantung kepada akaun EPF ini untuk hidup lagi selepas mereka di 'penendang' keluar apabila umur suda cukup 55 tahun.

Banyak rakyat yang apabila umur mereka sudah mencapai 55 tahun, apabila sudah di'tendang' oleh majikan mereka, dan majoriti daripada mereka juga masih mempunyai sekurang-kurangnya 20 tahun lagi untuk terus hidup dan mereka juga sudah tidak ada apa-apa lagi kecuali 'kad-pengenalan' dan simpanan EPF.

Dianggarkan kira-kira 50 % daripada 5 juta penyumbang dalam EPF ini mempunyai sekurang-kurangnya 50,000 ringgit didalam akaun mereka apabila mereka bersara kelak. Dan jika dibahagi 50,000 ringgit ini dengan nyawa mereka yang panjang sehingga 20 tahun lagi, bermakna mereka hanya boleh hidup dengan pendapatan sebanyak 208 ringggit sebulan selepas bersara kelak.

Apa akan jadi kepada rakyat-rakyat ini dan macammana mereka mahu hidup jika kerajaan cuba mengelakan tanggung jawab dan melarikan diri mereka daripada menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat apabila rakyat-rakyat ini terpaksa mengeluarkan simpanan EPF mereka untuk membayar kos-kos bagi merawat 36 jenis penyakit-penyakit yang telah ditambah tadi?

Oleh itu gurkah-gurkah politik di'port' telah memikirkan jalan yang terbaik yang tak dapat di fikir oleh pak-pak menteri kita ialah, naikan umur persaraan kepada pekerja-pekerja yang bekerja dengan sektor swasta daripada 55 kepada 60 untuk membolehkan mereka menyumbang dan menjimatkan lebih banyak wang untuk hari tua mereka.
http://dollahyankee.blogspot.com

Tiada ulasan: