"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nyaris maut dilanggar bekas suami

KULIM: Seorang ibu tunggal beranak lima, berusia 42 tahun, yang tinggal di sini nyaris maut dirempuh kereta yang dipandu bekas suami ketika dalam perjalanan ke pasar Padang Serai bersama seorang kawan dan anak kawannya, berusia empat tahun.

Dia yang cedera di kepala menerima lebih 20 jahitan dan luka di badan manakalanya kawannya patah kaki kanan. Anak kawan mangsa turut cedera di muka.

Menurutnya, dia berkahwin dengan bekas suaminya pada 1991 dan bercerai pada 7 Jun lalu.

“Pada 2004, bekas suaminya berkahwin lain dan tidak menghiraukan kehidupan mereka enam beranak,” katanya.

Dia mendakwa, bekas suaminya langsung tidak beri sebarang nafkah zahir dan batin sepanjang enam tahun dan terpaksa berdikari untuk menyara serta menyediakan semua keperluan anak sehingga hari ini.

Sepanjang enam tahun hidup bersama anak-anak, dia mendakwa, sering dipukul bekas suaminya sehingga mendatangkan kecederaan.

“Saya hanya bekerja kilang di Kulim dan masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta kerana penyakit angin ahmar. Tangan sebelah kiri saya tidak boleh bergerak.

"Kemalangan berlaku pada 13 Jun lalu apabila bekas suami saya menghimpit dan merempuh motosikal yang saya tunggang berdekatan kawasan klinik Permatang Tok Dik, kira-kira jam 9.10 pagi, 13 Jun lalu.

"Ketika itu, saya dalam perjalanan ke pasar Padang Serai. Saya dibenarkan keluar dari hospital setelah beberapa hari menerima rawatan di Hospital Kulim," katanya.

Tiada ulasan: