Bercakap selepas sesi pembentangan bajet 2011 di bangunan DUN Selangor hari ini, Azmin berkata beliau menyerahkan kepada setiausaha agung Saifuddin Nasution dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat supaya menyiasat dakwaan-dakwaan berkenaan.
"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk membuat apa-apa komen berkenaan hal itu, dan saya percaya setiausaha agung telah membuat satu kenyataan keras semalam untuk menjelaskan keadaan itu.
"Demi kebaikan keseluruhan proses (pemilihan) ini, saya rasa kita patut benarkan setiausaha agung dan JPP untuk menyiasat aduan ini dan bertindak sewajarnya," katanya lagi.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan