"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAC Enggan Siasat Kerugian Sime Darby


KUALA LUMPUR, 23 NOV: Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat keputusan tidak akan menyiasat kerugian syarikat konglomerat, Sime Darby Berhad berjumlah 2.1 bilion atas alasan ia bukannya syarikat milik kerajaan.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dalam sidang media di lobi Parlimen, petang tadi berkata keputusan itu dibuat pada 27 Oktober lalu.

"PAC dibolehkan memeriksa badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan lain serta semua bajet yang dibentangkan di Parlimen. Tanggungjawab PAC untuk memeriksa semua bajet yang dibentangkan di Parlimen.

"Sime Darby adalah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pemegang saham terbesarnya adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kedua-dua badan ini tidak ditakrifkan sebagai jabatan kerajaan.

"Kedua-dua badan ini, sumber kewangan datangnya daripada individu-individu yang melabur di PNB manakala KWSP pula, dananya datang daripada penyimpan dalam akaun tersebut," ujar beliau kepada media.

Mengikut takrifan tersebut katanya Sime Darby tidak layak disiasat oleh PAC.

Mei lalu Syarikat konglomerat, Sime Darby Bhd. (Sime Darby) hari ini mengumumkan kerugian lebih RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Berikutan itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang kontraknya bakal berakhir pada 26 November ini, diminta bercuti.

Sime Darby bakal kerugian RM964 juta bagi separuh kedua tahun kewangan 2010 bagi projek hidroelektrik Bakun (RM450 juta), Maersk Oil Qatar (MOQ) (RM159 juta) dan pembinaan kapal bagi projek MOQ (RM155 juta).

Kerugian itu telah dikenalpasti selepas Sime Darby mewujudkan Jawatankuasa Petugas Khas pada Oktober 2009 untuk mengkaji operasi Bahagian Tenaga dan Utilitinya. Jawatankuasa itu dianggotai oleh Datuk Seri Panglima Andrew Sheng Len Tao, Tan Sri Wan Mohd Zaid Mohd Noordin dan Datin Paduka Zaitoon Othman.
-tvsnews-

Tiada ulasan: