"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yusof Islam di UIA hari ini

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Nov: Penyanyi yang kini menjadi pendakwa terkenal, Cat Steven atau namanya kini, Yusof Islam akan memberikan tazkirah khas di Masjid UIA, Gombak menjelang solat Jumaat hari ini.

Menurut rakan baik beliau dari Malaysia, Mohd Fudzail melalui facebooknya, Yusof akan memberikan tazkirah itu kira-kira jam 12 tengahari.

Sebelum ini, Yusof diterima menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Pertemuan hari ini, berlangsung sejam dan menggembirakan buat kedua pihak. Perbualan yang menyentuh pendidikan dan muzik, kehidupan Yusuf Islam menjadikan suasana begitu santai.

"Menurut Yusuf, beliau amat berpuas hati dan menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan untuk bertemu dengan DYMM..." tulis Fudzail dalam facebooknya.

Tiada ulasan: