"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Halang Anwar Keluar Negara: Saranan MP BN tidak wajar

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Saranan Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan keluar negara merupakan tindakan yang tidak wajar sama sekali.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata tindakan ini menggambarkan ketakutan  Ahli Parlimen BN dengan pendedahan yang dibuat oleh Anwar di luar negara.

"Kita tidak boleh sekat seseorang itu keluar negara kerana ia merupakan hak kebebasan setiap individu di negara ini.

"Kalau pemberita, wartawan menanyakan sesuatu perkara, beliau kena komen kerana beliau adalah Ketua Pembangkang walaupun pemikirannya berbeza dengan pemimpin BN," ujar Hee kepada Tv Selangor di lobi Parlimen, pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata Ahli Parlimen BN seharusnya menghindari daripada amalan yang akan menyebabkan masyarakat dalam dan luar negara mempersoalkan tindakan mereka.

"Pemimpin BN ini menganggap seolah-olah dunia luar daripada segi teknologi maklumat lebih terkebelakang daripada kita sedangkan mereka lebih maju daripada kita.

"Mereka boleh layari laman sesawang yang menyiarkan perbahasan di parlimen di negara kita dan mereka mempunyai pemikiran yang lebih cerdik dalam menilai tingkah laku pemimpin negara kita.

Justeru, pemimpin BN seharus menghalang diri mereka daripada melakukan keburukan dan politik yang tidak sihat yang akan menyebabkan keadaan ekonomi dan politik negara ini menjadi lebih buruk.

Semalam dalam perbahasan di parlimen beberapa wakil BN mengesa agar Anwar dihalang daripada keluar negara kerana pemimpin pembangkang yang berkarisma itu dituduh memburukkan nama negara sewaktu lawatannya keluar negara.

Tuduhan liar ini disabitkan dengan kritikan Anwar terhadap kerajaan sewaktu berada di Australia baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay berkata usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berkempen memburukkan nama baik negara dan menyebarkan fitnah serta persepsi salah mengenai Malaysia sememangnya melanggar kesetiaan kepada Raja dan negara.
-tvsnews-

Tiada ulasan: