"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cermin kereta YB Kuala Langat (PKR) pecah dibaling batu

KUALA LUMPUR 23 NOV: Beberapa ahli Cabang Kuala Langat yang tidak berpuashati dipercayai mendalangi insiden kereta Abdullah Sani Abdul Hamid dibaling batu hingga cermin belakangnya pecah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ketika ditemui di Parlimen petang tadi berkata, beliau percaya tindakan itu disebabkan oleh beberapa ahli cabang PKR Kuala Langat yang tidak berpuashati kerana tidak dapat mengundi.

"Ada yang mengatakan pembatalan itu, berpunca daripada ahli parlimen, dan bila pergaduhan itu berlaku, senarionya kegemparan daripada isu ini ialah ketidakpuasan anggota kerana tidak dapat mengundi kali yang kedua," jelas beliau kepada TV Selangor.

Tambahnya ini sudah dijangkakan dan beliau juga mendapat amaran awal berkenaan kemungkinan perkara sebegini berlaku melalui sms bahawa ada ahli parti yang berdendam dengan beliau.

"Paginya hari Isnin itu benar kereta saya dibaling dengan batu yang besar dan pecah cermin belakang," kata beliau lagi.

Beliau menegaskan tindakan sebegini tidak akan menghentikan perjuangan beliau.

"Saya anggap ini cabaran yang perlu kita banteras, yang perlu kita berdepan dan saya yakin bahawa parti ini bukan parti samseng," tegas Abdullah.

Beliau seterusnya berkata perkara ini perlulah diselesaikan di dalam parti dan beliau telahpun membuat laporan polis berkenaan kejadian ini.

"Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab akan disingkir dan kita akan mengambil pendakwaan keatas mereka," katanya lagi.

Berkenaan proses pemilihan, Abdullah menjelaskan perlembagaan parti meminta supaya anggota parti diberikan ruang untuk menjalankan kewajipan pemilihan dengan satu undi kepada setiap anggota.

"Hak itu perlu diberikan dan siapa nak datang undi (Cabang Kuala langat) datanglah, pada hari Khamis ini 3 petang sampai pukul 9 malam, dan hak itu terpulang kepada anggota untuk mengimplementasi," jelas beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata beliau mengalu-alukan ahli cabang untuk keluar mengundi tetapi menyatakan tahap keselamatan semasa pemilihan perlu diperketatkan lagi.

Tiada ulasan: