"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gembira dapat bersama anak-anak semula (Gambar Shalwati dan keluarga)

 
KOTA BAHARU: Shalwati Norshal yang dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi di Sweden pada Isnin lepas setelah menjalani hukuman penjara 14 bulan, berkata beliau tidak menyalahkan anak-anaknya atas apa yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai suratan takdir.

"Semua perkara yang terjadi ada hikmahnya dan saya tidak salahkan anak-anak. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa malam Rabu.

Ketibaan Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalludin dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 7.40 malam disambut empat anak mereka iaitu Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, serta anggota keluarga dalam suasana gembira bercampur sedih.

Keempat-empat anak pasangan terbabit turut memegang kad ucapan yang tertera 'Welcome Home Mummy' serta membawa jambangan bunga bagi menyambut ketibaan ibu tercinta.

Sebaik melihat mereka, Shalwati meluru ke arah anaknya itu lalu memeluk mereka dan suasana gembira bercampur hiba itu turut dirasai orang ramai yang berada di sekitar balai ketibaan.

Aishah, anak sulung pasangan suami isteri itu, berkata pertemuan semula dengan ibunya merupakan saat paling menggembirakan dalam hidupnya.

"Syukur mummy selamat tiba dan ia adalah saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya," katanya.

Aishah berkata semua anggota keluarganya bersyukur dan gembira apabila dapat menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini bersama kedua-dua orang tua mereka.
-mstar-

Tiada ulasan: