"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ali Tinju yang ditahan polis kerana membuat ucapan berbaur perkauman di depan Plaza Low Yat rupanya takut bini?

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Ali Tinju ditahan polis kerana membuat ucapan berbaur perkauman di depan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Ali Tinju ditahan polis sebentar tadi mengikut Akta Hasutan berhubung ucapan berbaur perkaumannya di depan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan penahanan itu kepada The Malaysian Insider.

Ali, yang juga seorang aktivis ditahan di balai polis Dang Wangi kira-kira jam 11.30 pagi tadi di mana beliau dipanggil untuk beri keterangan.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Klip video Ali Tinju berucap di depan Plaza Low Yat, Ahad lalu turut dimuat naik ke akaun Facebooknya. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Julai, 2015.
Klip video Ali Tinju berucap di depan Plaza Low Yat, Ahad lalu turut dimuat naik ke akaun Facebooknya.   

Tengah hari tadi ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom, 44, memberikan bayangan beliau mungkin "akan beraya di sebalik tirai besi".
Ali bagaimanapun menafikan ucapannya pada malam itu berbaur hasutan kerana beliau sendiri pulang ke rumah sebaik selesai memberi ucapan, bagi membantu isterinya memasang langsir sempena Aidilfitri.

Ali sebelum ini mencuri perhatian ramai pada 2012 apabila menganjurkan "senaman punggung" di depan rumah peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

Laporan terhadap Ali dibuat polis sendiri menerusi seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang melihat rakaman video Youtube memperlihatkan seorang lelaki berpakaian kemeja putih memberi ucapan.

"Lelaki berkenaan berkata bahawa kita mahukan keadilan dan ini adalah maruah budak-budak Melayu. Ini adalah bumi Melayu," laporan itu dipetik.

Dalam laporan sama, pegawai berkenaan mendakwa ucapan tersebut "boleh menimbulkan isu perkauman dan ketenteraman awam berbilang kaum di Malaysia".

Terdahulu, Ali menolak reaksi sebahagian orang ramai di Internet yang mendakwa ucapannya itu bersifat perkauman.

"Saya rasa ucapan itu tidaklah perkauman saya dapat taklimat daripada pegawai polis di Low Yat itu, saya beritahu rakan-rakan saya di kawasan sekitar supaya mereka bersabar dan bersurai," katanya.

"Saya seperti orang politik yang lain juga, ada sebut Umno, Melayu, hina Umno, itu sudah kebiasaan dalam politik," katanya sewaktu ditanya tentang tindakannya menyebut istilah "Cina DAP" sewaktu menggambarkan penjual telefon di dalam Plaza Low Yat.

"Selepas itu saya balik, bini saya marah saya, dia kata pergi pasang langsir.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: