"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketengahkan Dr. Asri sebagai calon perdana menteri

Tawfik Yaakub
Politik Malaysia khususnya politik kaum Melayu pada waktu ini sedang menghadapi pergolakan yang serius sama ada pihak Umno mahupun PAS.

Pergolakan serius kedua-dua parti politik utama Melayu ini merupakan satu peristiwa pahit yang seharusnya ditelan meskipun impaknya besar terhadap kestabilan politik negara.

Malah kedua-dua parti politik Melayu ini sudah ketandusan calon muda untuk mewarisi kepimpinan parti dan negara.

Hal ini berpunca daripada bebanan daripada kedua-dua parti yang kini sarat dengan “dinasour” politik sehingga mencetuskan krisis politik yang tidak terjangka.

Kedua-dua parti ini perlu mengenal pasti alternatif segera bagi menyelamatkan politik Malaysia kerana kestabilan politik Melayu merupakan asas kepada keutuhan perpaduan politik berbilang kaum di Malaysia.

Oleh itu, satu formula perlu diketengahkan dengan kadar segera untuk menyelamatkan masa depan Malaysia dengan mencari seorang tokoh muda moderat yang boleh mengembalikan kesejahteraan kepada rakyat negara ini.

Tokoh yang paling sesuai diketengahkan pada masa kini untuk menjawat jawatan sebagai perdana menteri ialah Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang jelas memiliki pendirian sederhana dalam isu agama dan politik.

Malah beliau juga dihormati oleh Umno, PAS dan parti politik lain di Malaysia. Nama beliau seharusnya diketengahkan bagi meredakan kecelaruan dan krisis politik yang sedang melanda negara daripada terus mengalami kerosakan serta mala petaka. –

*Tawfik Yaakub penganalisis politik dan calon Ijazah Doktor Falsafah Universiti Malaya.

1 ulasan:

mohamad berkata...

Cap ayam punya fikiran seorang yg berstatus PHD. Kenapa nak dedahkan ulama dlm sistem politik malaysia. Baiklah setara manapun hatta turun dr langit sekalipun, kalau masuk politik dlm sistem politi malaysia yg ada sekarang hanya akan jadi mangsa. Politik malaysia bukan reti perkara2 yg holistik, perkara2 yg baik. Mentality pengundi masih mentaliti subsidi, pengampu, wang matlamat segala2 nya, bila masa ulama atau status apapun cerdik pandai dihurmati. Mereka akan mencaci kerana bukan dlm kumpulan mereka. Mereka tak tau nilai kewibawaan seseorang. Oleh itu kekalkan Dr Maza ditempatnya dan kita harus memberi sokongan padu supaya lidahnya boleh terus berkata2 atas nama kebenaran dan keadilan.