"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Low Yat: Tak layak takbir ketika layan amarah - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Pendakwah terkenal Dr Zaharuddin Abd Rahman hari ini menasihatkan orang ramai berhenti daripada 'menyerbu' pusat jualan barangan elektronik Low Yat di Kuala Lumpur.

Beliau sebaliknya mencadangkan laporan dibuat terhadap tribunal tuntutan pengguna atau memulaukan sahaja kedai terlibat jika benar peniaga di situ kerap menipu.

“Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin 'menyerbu' Low Yat.

“Malah jika benar mereka kerap menipu, boikotlah sahaja,” katanya.

Beliau juga menasihatkan umat Islam supaya tidak melaungkan takbir dengan sewenang-wenangnya seperti waktu sedang melayan nafsu amarah.

“Pergaduhan dan kebencian akibat dari hal duniawi semata-mata tidak layak dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam,” katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: