"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Soalan maut YB Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah kepada PAS

Faiz Zainudin
raja-bahrinPETALING JAYA: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tetap dengan pendirian untuk tidak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu walaupun beliau bukan lagi ahli Pas.
Katanya, tidak ada peruntukan dalam partip dan Parlimen yang mewajibkan Ahli Parlimen atau wakil rakyat meletak jawatan jika melompat parti lain.

“Tidak ada undang-undang yang menyebut mana-mana Ahli Parlimen berpindah parti perlu meletak jawatan,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Beliau diminta mengulas desakan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satipul Bahri Mamat yang mahu Raja Kamarul meletak jawatan kerana telah melanggar sumpah bai’ah.

Raja Kamarul, sepupu kepada Sultan Terengganu sebaliknya mahu Pas Terengganu menjawab tiga soalan sebagai penilaian prestasi Ahli-ahli Parlimen Pas dari Terengganu sebelum mendesak beliau meletak jawatan.

1. Meminta Pesuruhjaya Pas negeri, Satupul Bahri menyemak kehadiran Ahli Parlimen Pas dari Terengganu ke Parlimen dan berapa jam satu hari mereka berada di Parlimen.

2. Meminta menyemak rekod berapa isu yang dibawa Ahli Parlimen Pas dari Terengganu ke Parlimen dan berapa kerap mereka menggunakan media untuk menimbulkan isu rakyat.

3. Menilai berapa ramai Ahli Parlimen Pas dari Terengganu yang tidak hadir Parlimen kerana menghadiri program lain untuk mendapat imbuhan.

“Bila Pas Terengganu telah membuat penilaian seperti ini mereka baru tahu siapa yang patut letak jawatan,” katanya yang juga Pengerusi GHB Terengganu.

Pada masa sama, Raja Kamarul turut mempersoal tindakan Pas sebelum ini yang tidak bersetuju mana-mana Ahli Parlimen dan wakil rakyat meletak jawatan kerana masalah dalaman parti sekali gus terpaksa diadakan pilihan raya kecil (PRK).

“PRK Kajang dulu Pas sendiri membuat kenyataan bahawa PRK itu tidak perlu kerana ia berpunca daripada masalah dalaman PKR dan menyusahkan rakyat dengan kos yang tinggi.

“Kalau saya, Hatta, Khalid Samad, Hanifa dan yang lain letak jawatan, berapa belas PRK yang akan diadakan ini menyusahkan rakyat dan membebankan perbelanjaan kerajaan,” katanya.
-fmt-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Nampak sangatlah pemimpin-pemimpin PAS otak mereka bercelaru. Buka mulut je kena tibai. Sendiri cari penyakit (menghalu dan memaki ahli-ahli) sendirilah tanggung (keluar arahan tak tentu hala, keluar komen tak sekata antara pemimpin dan yang terbaik ialah yang jadi batu api senyap je macam tikus jatuh atas kepok pada). Dalam pada tu ada hti nak lawan DAP. Helloo Hadi pergi jumpa psikiatrik dulula!!!