"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wartawan Ditangkap Fitnah Video Seks aktres Lee Si Young

Wartawan Ditangkap Fitnah Video Seks Lee Si Young
WARTAWAN Mr. Shin telah ditangkap oleh polis pada Selasa lalu bagi siasatan atas tuduhan menyebarkan fitnah penyebaran video seks aktres Lee Si Young.

Wartawan tersbeut merupakan individu pertama yang menulis artikel tentang video seks tersebut sehingga menjejaskan nama baik pelakon itu.

Selain itu, seorang rakan wartawan yang juga dipercayai sumber berita itu turut ditahan bagi siasatan.

Menurut sumber polis, rakan wartawan itu telah berkongsi tentang cerita video seks bekas kekasih Junjin Shinhwa ketika makan malam. Perkara tersebut telah ditulis oleh wartawan berkenaan tanpa sebarang usul periksa di akhbar tabloid milik syarikat dia bekerja.

Selain itu, polis memberitahu terdapat 11 wartawan lain yang menulis tentang khabar angin itu akan dikenal pasti untuk disoal siasat.

Terdahulu, agensi pengurusan Lee Si Young membuat laporan polis terhadap fitnah tentang video seks artis dibawah naungan mereka yang tersebar luar.
-mstar-

Tiada ulasan: