"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Semantan Umum Keluar PAS, Sertai Parti Amanah Negara (video)

TEMERLOH: PAS Pahang menerima tamparan hebat pada Rabu apabila bekas Timbalan Pesuruhjayanya Syed Hamid Syed Mohamed mengumumkan keluar dari PAS untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Syed Hamid, 63, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semantan berkata, PAS dilihat bukan parti kondusif dan eksklusif buat semua peringkat masyarakat seperti yang berlaku pada muktamar Pas yang lalu.

"Hala tuju politik Pas kini dilihat semakin bercelaru. Keadaan ini sudah tentu menyebabkan rakyat semakin keliru dengan objektif sebenar PAS untuk melaksanakan Islam secara syumul," katanya dalam sidang media lewat hari Rabu.

Turut hadir Pengerusi PAN negeri Pahang Dr Hamzah Jaafar.

Syed Hamid berkata, rakyat mahukan perubahan politik yang menyeluruh melalui pakatan pembangkang, namun dalam masa yang sama PAS pula dilihat semakin memencilkan diri dalam memperjuangkan hal itu.

Syed Hamid berkata, beliau tidak sesekali menentang apa jua dasar Islam yang dibawa oleh PAS tetapi keadaan politik semasa menuntut kepada ijtihad baharu bagi meneruskan perjuangan Islam melalui wadah yang baharu.
-mstar-

Tiada ulasan: