"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

HANGAT!! Datuk Kamarudin Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sertai PKR

ZULKIFLI SULONG
Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar dijangka membuat pengumuman meninggalkan PAS dan menyertai PKR hari ini.  
Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar dijangka akan meninggalkan PAS dan menyertai PKR.
Bekas setiausaha agung PAS itu dijangka membuat pengumuman itu pada satu sidang media hari ini.

Turut serta dijangka menyertai PKR ialah bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Seorang blogger politik, Sayuti Omar, turut melaporkan desas-desus ini hari ini namun tidak menyebut nama ahli politik berkenaan.
Kamarudin ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan berita ini kemudiannya.

Dalam sidang media hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengumumkan penyertai Kamarudin dan Muhanmad.
Kamarudin diberikan mandat menjadi pengarah politik dan polisi PKR serta memberi nasihat kepada pejabat presiden dan timbalan presiden.

Sebelum menyertai PKR, Kamarudin adalah setiausaha agung PAS dari tahun 2004 hingga 2008 dan kini beliau ahli Parlimen Tumpat untuk penggal ke-4.

Ketika itulah, Kamarudin yang mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Serti Anwar Ibrahim sejak dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) aktif menubuhkan Pakatan Rakyat.

Penyertaan Kamarudin ke dalam PKR mengejutkan banyak pihak kerana beliau sebelum ini dilihat aktif dengan pertemuan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Bahkan pertemuan pertama Gerakan Harapan Baru dibuat di rumahnya di Kuala Lumpur.
"Kita perlu memperkasakan Pakatan dan saya akan menyokong Amanah juga," katanya merujuk kepada Amanah yang sedang dibentuk melalui pengambilalihan Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Muhammad pula dalam sidang media yang sama memaklumkan beliau akan terus menyokong Amanah walaupun menyertai PKR.
-malaysianinsider-

---------------------------------
Mohd Sayuti Omar
Seperti mana yang telah dibayangkan semalam, dua orang penting Pas akan meninggalkan parti agama itu, pagi ini ia telah menjadi kenyataan. Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dan Muhammad Mohd Taib telah diumumkan kemasukan mereka ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat parti berkenaan di Damansara yang dihadiri pimpinan tertinggi PKR.

Penyertaan kedua mereka ini walaupun sudah dijangka oleh Pas tetapi memberi kesan psikolgis yang tinggi kerana mereka tidak memilih PAN, parti baru yang diasaskan tetapi memilihi PKR.

Kamaruddin sebelum ini adalah Setiausaha Agung Pas dan pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Urusan Harakah, akhbar rasmi Pas. Dalam muktamar lepas beliau tidak mempertahankan jawatannya sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas.

Sementara Muhammad Taib pula adalah pemegang jawatan Naib Ketua Penerangan Pas sessi lalu. Beliau keluar daripada Umno dan memilih Pas kerana menjangka parti itu bakal menjadi sebuah parti progresis dan alternatif kepada Umno. Namun ternyata pergolakan dalam Pas, penyingkiran golongan profesional menyebabkan beliau mulai tawar hati dan tidak yakin dengan Pas.

Sehubungan penyertaan mereka, kedua-dua mereka diberi jawatan penting. Kamaruddin diberi tanggungjawab untuk memperkukuhkan PKR dengan dilantik sebagai Pengarah Politik dan Dasar. Kamaruddin sudah pasti diharap akan merangka dan menggariskan dasar PKR yang jelas yang sekaligus menjadi idelogi parti berkenaan.

Selama ini PKR dilihat parti yang tidak ada ideologi (liberal) dan bergerak atas semangat untuk menuntut keadilan dan kebenaran, bersama dengan tuntutan membebaskan Anwar Ibrahim yang dianiaya di penjara. Kamaruddin juga merupakan rakan sepejuangan Anwar semasa dalam Abim dan seorang rakan setia Anwar sepanjang masa.

Manakala Muhammad Taib pula diberi tanggungjawab untuk membina kekuatan PKR di kawasan luar bandar khususnya mendekati dan membela nasib peneroka Felda. Dengan pengalamannya yang ada kepadanya selaku bekas MB Selangor dan Menteri, beliau diharap dapat menarik perhatian rakyat kepada PKR.

Penyertaan kedua veteran politik itu sudah pasti akan menyuntik semangat dan kekuatan kepada PKR. Signifiken kepada kehadiran mereka adalah untuk memperkukuhkan parti itu yang dilihat seperti kehilangan arah sejak Anwar diringkukkan dalam penjara. Kemunculan pemimpin muda yang diberi peluang melonjakkan parti itu dilihat kurang berjaya.

Tahniah dan syabas kepada Kamaruddin dan Muhammad Taib.

1 ulasan:

nick berkata...

Hah? Masuk PKR? Bukan masuk Amanah ke? Habis tu macamana? Nak jugak suruh letak jawatan? Talak 3 jatuh terus ke? Habis tu macamana macai2 suma nak spin kan benda ni? Masuk Amanah walaupun Amanah tu di iktiraf oleh PKR, kena letak jawatan dan talak terus jatuh tapi kalau masuk PKR, status quo (bagi yang tak tau makna status quo tu...business as usual da..).

Masuk PKR tak wajib letak jawatan dan takde hukum jatuh talak? Macam ni ahli2 PAS boleh pening ni. Bukan je pening, terus mabuk uber! Kalu macam ni habis le PAS, sebab nanti ramai adun dan MP boleh rileks je keluar PAS dan terus masuk PKR. Takde kena letak jawatan dan takde sesiapa kata kena talak 3 kat isteri. Apa lagi wahai ahli2 PAS, Adun dan MP yang dah jelak dengan kluk klek pimpinan PAS yang ditarik hidung oleh Hj Hadi....keluar PAS masuk PKR. Masih lagi berkhidmat untuk rakyat dengan setia kepada PR yang dah banyak kali dikhianati oleh Hj Hadi. Apa tunggu lagi...satu loop hole baik punya sudah dapat!

Nick.
Cape Tiger.
P.s..kepada ulamak2 PAS terutama MB dan TMB Kelantan, kalau tak mewajibkan Datuk Kamaruddin letak jawatan dan talak 3 isterinya sebab masuk PKR tu bukannya hipokrit ke namanya? Hipokrit tu bahasa lembut untuk munafik!!!