"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib dan Dr M: Satu ketika lebih daripada sekadar kawan, sekarang musuh ketat

Mike Tan
Sebagai salah seorang ahli politik Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih tahu dengan pepatah “Dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal”. Ianya agak mengejutkan untuk mendengar beliau menyuarakan ketidakpercayaan beliau yang Dr Mahathir Mohamad benar-benar menentang beliau.

Dengan ayat beliau sendiri, Najib baru-baru ini mengisytihar, “Tidak pernah terbayang langsung bahawa pendahulu saya menentang saya dengan cara begini.”

Menilai daripada kata-kata beliau, anda akan berfikir bahawa Najib, di pelusuk hati beliau, memandang tinggi Mahathir. Lagi pun, Dr M ialah - menurut propaganda Umno setidak-tidaknya - mentor Najib, yang secara peribadi memilih beliau selepas kecewa dengan prestasi Abdullah Badawi sebagai presiden Umno.

Ianya benar bahawa ahli politik suka menekankan hubungan antara seseorang, menggambarkan sesuatu dengan jelas untuk tontonan umum, tetapi buat pemimpin negara kita untuk meratapi hubungan beliau, atau kekurangannya, dengan ‘mentor’ beliau melangkaui sempadan melodrama.

Tidak, ianya tidak mungkin ahli politik berpengalaman seperti Najib akan menjadi naif sebegitu. Ianya mungkin satu langkah yang dirancang untuk mengalih perhatian daripada ketidak munculan beliau di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa baru-baru ini, dan satu serang balas terhadap Mahathir kerana muncul di perhimpunan Bersih 4.

Persengketaan beliau telah lama berlangsung sekarang, bermula dengan proksi menghentam untuk mengakses kekuatan pesaing, dan kini telah melonjak kepada peperangan terbuka dengan kedua-dua mereka menyerang satu sama lain secara terus.

Hasilnya, rakyat Malaysia telah terpesona dengan persengketaan mereka, dan ianya kelihatan bakal menenggelamkan konflik Mahathir-Anwar, dari segi skala dan intensiti.

Pendeknya, ia adalah hiburan waktu perdana buat rakyat Malaysia, drama politik dunia sebenar yang memberi cabaran kepada siri TV terkenal seperti The West Wing dan Yes, Minister.

Seperti kesemua drama politik yang baik, penonton harus menjangka kelainan plot yang mengejut, untuk membuatkan ceritanya kekal segar.

Jadi siapa yang berkata bahawa musuh ketat seperti Najib dan Mahathir tidak boleh diperbaiki dan menjadi mentor dan protege sekali lagi?

Lagi pun, ingatlah, dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal.

Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di sctan@hckmedia.com
-antdaily-

Tiada ulasan: