"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tujuan PAS bertanding kawasan campuran untuk memenangkan MCA/Gerakan (BN)?

Kawasan campuran mungkin medan tempur PAS-DAP
Berdepan DAP di kawasan Cina secara realitinya bukan perkara mudah.

Bagaimanapun di kawasan campuran keadaannya mungkin berbeza bagi PAS.

Perkara itu antara perkara dipertimbang oleh parti Islam itu setelah tamat kerjasama politik kedua-dua pihak itu Julai lalu selepas percanggahan pendapat berpanjangan.

Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali juga berkata PAS kini bebas meletakkan calon di mana-mana kawasan kecuali di tempat PKR memandangkan mereka hanya memutuskan hubungan dengan DAP.

Mustafa Ali bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara itu memandangkan ia masih lagi dalam kajian.

"Kita tak letak di semua tempat DAP. Kita kena kaji dulu macam mana. Kita boleh bertanding di mana-mana kecuali di tempat yang kita bertahaluf (bekerjasama) iaitu PKR, yang lain kita terbuka untuk bertanding.

"Kita kena kaji dulu. Bukan kita nak letak di semua kawasan (DAP). Kita akan letak di tempat yang munasabah.

"Kita akan letak di kawasan yang bercampur Melayu, Cina, India. Bukan semua Cina. Sebab itu kita kena kaji dulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Masih kajian

Ditanya sejauh mana kesungguhan PAS untuk meletakkan calonnya di kerusi DAP, Mustafa terus menegaskan bahawa ia “masih di peringkat kajian”.

"Benda ini masih lagi dalam kajian. Tak boleh kata 'ya' dan tak boleh kata 'tak'. (Ia masih) dalam kajian dan saya baru ambil alih (jawatan pengarah pilihan raya)," kata bekas setiausaha agung PAS itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan PAS berhasrat meletakkan calon di kerusi DAP.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi mewakili mereka.
-malaysiakini-

1 ulasan:

PokAmid berkata...

Presideng kata nk tanding semua! Hari ni lain pulok cerita yg kluo drp cikgu pa.
Sapa telan pil kuda ni!