"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes berkaitan NGO penceramah popular diklasifikasi 'rujuk ke majistret'

Malaysiakini

Polis mengklasifikasikan kes pemecatan seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan oleh penceramah popular sebagai 'rujuk ke majistret' (RTM).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata ini kerana tiada unsur jenayah dalam kes terbabit sebaliknya hanya kes sivil.

"Status laporan ini RTM atau rujuk ke majistret disebabkan tiada unsur jenayah.

"Sebaliknya, hanya kes sivil," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas kes berkenaan.

Awal Julai lalu, satu laporan polis dibuat oleh bekas ahli NGO yang diterajui penceramah itu.

Selain tidak berpuas hati atas pemecatannya, pengadu juga berkata laporan polis tersebut dibuat atas dakwaan berlaku keraguan dalam berhubung status kewangan NGO terbabit.

Menurut laporan polis terbabit, isu pemecatan tersebut dibuat tanpa sebarang mesyuarat dan memohon siasatan di bawah Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) kerana tindakan itu dakwa telah menghalang pihak terlibat untuk mendengar laporan audit tahunan NGO tersebut sejak 2014 hingga 2021 sebagaimana laporan yang dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Malaysiakini sudah menghubungi penceramah terbabit untuk maklumat lanjut dan sedang menunggu maklum balasnya.

Tiada ulasan: