"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita mangsa culik ditemui mati dalam gaung

BERNAMA

Seremban: Mayat wanita dipercayai menjadi mangsa culik pada Ahad ditemukan dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa berusia 27 tahun yang disyaki dibunuh itu ditemukan orang awam kira-kira 3.30 petang.

"Pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati mangsa merupakan kes culik sedang disiasat berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersamanya serta pengecaman ahli keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas wanita itu dilarikan di kawasan rumahnya di Broga, Lenggeng di sini selain mendakwa turut menerima WhatsApp meminta sejumlah wang tebusan.

Beliau berkata, susulan penemuan mayat wanita itu, seorang lelaki yang juga pekerja swasta berusia lingkungan 20-an ditahan di Ampang, Selangor pada Selasa lalu bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan lelaki itu dipercayai pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak awal tahun ini dan motif pembunuhan disyaki ada kaitan dengan hutang.

Ahmad Dzaffir berkata, lelaki yang negatif dadah hasil ujian saringan air kencing itu ditahan reman selama 15 hari bermula 28 September lalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.

Tiada ulasan: