"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ngerinya kerajaan PH 22 bulan? Baca jawapan ini dari rakyat sendiri

BORHAN AHMAD

Kenyataan pimpinan Pas bahawa parti itu mempunyai sejarah ngeri dengan pentadbiran selama 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini ada kebenarannya.

Bagi orang ramai, memang Pas dan Umno sangat ngeri dengan sejarah 22 bulan kerajaan Harapan itu kerana jika kerajaan itu berterusan, Pas dan Umno tidak akan ada peluang lagi untuk mentadbir negara ini.

Ini kerana melalui kerajaan 22 bulan itulah, segala kebejatan kerajaan rakan Pas iaitu Umno sebelum ini berjaya dibongkar.

Hasil yang paling jelas adalah, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya dipenjarakan kerana kesalahan mencuri wang RM42 juta wang SRC.

Ia belum lagi kes 1MDB yang sedang beliau hadapi.

Isterinya juga didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hybrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Kerajaan Pakatan Harapan juga berjaya menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang diketuai oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang menyebabkan terdedahnya pelbagai skandal termasuk LCS dan lain-lain.

“Memang ngeri.. sebab benda2 tu lah walaun kena bergolok bergadai bagi derma kat lobai bayar saman,” kata salah seorang pengguna media sosial, Burn Kalamalam III.

Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacub berkata, sejarah ngeri yang pernah tercipta selama 22 bulan ketika pentadbiran negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan amat wajar dikenang semua pihak.

Katanya, ketika 22 bulan Malaysia diperintah PH sangat menakutkan rakyat di negara ini.

“Pengalaman itu sangat pahit dan amat wajar dijadikan pedoman buat selama-lamanya,” katanya pada ceramah pra Himpunan Teguh Pertahan di pekarangan Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, kelmarin.

Ketika pentadbiran PH sering muncul isu perkauman sehingga ada penduduk bukan Islam berani mempertikaikan mengenai agama Islam, orang Melayu dan raja-raja, kata Ahmad.

Padahal semua isu perkauman yang timbul ketika itu adalah ciptaan Pas dan Umno sendiri yang sehingga kini apabila Umno dan Pas bergabung membentuk kerajaan ia masih tidak berjaya diselesaikan.

Antaranya kes Adib. Sampai sekarang pembunuh sebenar kes Adib gagal dicari oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS dan Umno.

Fitnah terhadap Tabung Haji juga berjaya diselesaikan satu persatu di Mahkamah apabila ia disahkan fitnah dan pemimpin Pas telah dihukum kerananya.

Ketika Harapan memerintah, Tabung Haji berusaha mengekalkan subsidi haji dengan mengukuhkan urustadbirnya sehingga ia stabil dan menguntungkan tetapi sekarang Menteri Agama Idris Ahmad sedang berkempen untuk mengurangkan menarik balik subsidi tersebut.

Mohd Tarmizi Sellah menulis, “Aaaaaaaa…ngeri sengoti wehh😱😱😱” dengan loghat Kelantan beliau ketika menjawab ucapan Ahmad Yakub itu.

Jalak Lenteng pula menulis, “Jilaker pH..baru 22 bulan perintah dh kacau Periuk nasik rakyat…dikurangnya sumber pendapatan rakyat atau peluang orang melayu jadi kaya…dari 22 cabutan no ekoq jadi 8 kali..mujurlah datang kerajaan Melayu isle prihatin ni di naikkan semula🤣🤣”

Warisan AisyAi Antique menulis, “Ngeri kerana pak lebai byk yg kalah kes saman fitnah.. Dan paling Ngeri.. Walaung yang kena tolong bayarkan duit saman lebai yg kalah kes saman fitnah.”

Tiada ulasan: