"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tommy Thomas disiasat atas dakwaan menghasut

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas akan disiasat atas dakwaan menghasut serta beberapa lagi termasuk pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata Thomas disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124(1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan.

Ismail berkata, pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan ke atas Thomas merumuskan terdapat empat isu utama dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulisnya.

“Empat isu utama ialah dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional serta kenyataan berbaur hasutan,” katanya dalam kenyataan.

Tiada ulasan: