"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Sanggupkah ahli Umno T'ganu bersekedudukan dengan PAS?'

Malaysiakini 

Amanah Terengganu mempersoalkan apakah ahli Umno di negeri itu bersedia menerima PAS pada pilihan raya Umum akan datang.

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Bahrin Shah berkata, ini berikutan usaha PAS untuk kembali bekerjasama dengan Umno, walaupun pada masa sama menjalinkan hubungan dengan Bersatu.

Menurutnya, ahli Umno juga masih terluka dengan tindakan PAS mengkafirkan parti itu menerusi Amanat Hadi Awang pada 1981.

“Tidak hairanlah Umno Terengganu telah memutuskan untuk bergerak solo untuk menjatuhkan PAS di Terengganu.

"Sanggupkah ahli ahli Umno khususnya di Terengganu yang menjadi sasaran utama hebat takfiri dari PAS kembali bersekedudukan bersama PAS yang kini berlaku curang dengan Bersatu," soalnya dalam kenyataan media.

Kenyataan itu sebagai merujuk kepada khabar angin yang mengatakan kemungkinan PAS akan bersama Umno pada PRU ke-15 akan datang.

Ia selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa PAS akan membuat keputusan dan pilihan sama ada akan bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu Raja Bahrin berkata, ramai menyatakan hairan apabila amanat Haji Hadi yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai sesat telah dipadamkan daripada portal Jakim.

Kin katanya, keluar pula tuduhan baru bahawa ahli Pakatan Harapan (PH) tidak beriman, walaupun ramai daripada mereka beragama Islam.

“Ahli Umno yang amat terluka atas kecurangan PAS menduakannya, menyoal apakah PAS kebal daripada dosa bermain cinta dua kolam dan dahulu meniup kebencian dengan menjatuhkan hukum kafir kepada ahli Umno pada tahun 1981.

“Adakah begitu mudah berlaku curang sekali lagi pada "suami" Umno sekarang dengan bersekedudukan dengan Bersatu tanpa meminta maaf dosa lama amanat Haji Hadi dalam isu kafir ke atas Umno dahulu,” soalnya.

Tiada ulasan: