"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Situasi Bukit Gantang sekarang, tidak mustahil UMNO sengaja silapkan borang penamaan calon.

 
Berbagai kaum memenuhi Pelancaran Jentera PRK Kelantan

Budu dan tempoyak apabila dicampurkan, ia membangkitkan rasa selera yang amat sangat kepada sesiapa sahaja yang menjadi penggemar budu.

Begitulah hakikatnya, apabila,

Jentera PAS Kelantan dan Perak bergabung tenaga untuk membentuk ledakan pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang kali ini.

Penglibatan pada pilihanraya kali ini, sangat mengujakan saya. Kerana, kerjasama daripada PAS Perak amat-amat baik. Jika, dibandingkan ditempat lain, PAS Perak telah membekalkan segala peralatan dengan cukup lengkap untuk diberikan kepada jentera PAS negeri-negeri lain.

Terima kasih saya ucapkan kepada PAS Perak.

Semalam saya berjumpa dengan Bloggers Network, MSK dan rakan-rakan, pada majlis Perasmian Jentera PAS Kelantan. Selamat berkenalan semua.

Di Kuala Terengganu yang lepas, saya susah meneka 'mood' rakyat sekitar. Akan tetapi, di Perak kali ini, pada pendapat saya. Tidak mustahil UMNO akan sengaja silapkan borang penamaan calon untuk mengelakkan kerugian yang amat dalam PRK ini. Dan, tidak mahu memberi ruang dan peluang kepada kebangkitan rakyat Perak.

Ini kerana 'mood' rakyat di sini, amat-amatlah dalam situasi marahkan UMNO. Tidak kira, melayu, india mahupun cina. Dan. Saya tidak terasa kepanasan, yang timbul akibat Jentera BN. Jentera BN masih lagi dalam keadaan sejuk di Perak ini.

Suasana yang biasa di Kelantan akan tetapi akan menjadi kebiasaan di Perak, kaum india dan cina kusyuk mendengar ceramah dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS.

Semalam, di majlis perasmian Jentera PRK, saya perhati, selain daripada melayu. Kaum cina dan india begitu kusyuk apabila Tuan Guru menyampaikan amanat beliau kepada Jentera PRK Kelantan. Ini menandakan alamat buruk kepada BN.

Mana-mana tempat Tuan Guru pergi, pasti pendengar, boleh membawa balik sesuatu dalam poket. Jika saya, terpahat perkataan ini,

"Malaysia ini bukan milik melayu, ia milik semua, tidak kira kaum india, cina, kadazan, dusun, ataupun mana-mana kaum yang ada di Malaysia ini. Perjuangan bangsa tidak ke mana, akan tetapi dengan perjuangkan islam, pasti dalam memberi keadilan kepada semua kaum yang ada di Malaysia ini."

Itu bukan ayat penuh Tuan Guru, akan tetapi, apa yang saya peroleh dari apa yang diucapkan.

Semoga, semalam memberikan lagi semangat kepada jentera PAS Kelantan untuk terus berkampung di Perak ini, untuk bersama-sama membantu PAS Perak dan rakyat Perak untuk bebas dari Barisan Nasional CELAKA ini.                                                                                                                                                             http://peraknews.blogspot.com/

Tiada ulasan: