"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kempen anti-PPSMI ke Bkt Gantang, Bkt Selambau

Setelah berjaya mengadakan demonstrasi besar, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan melebarkan kempennya bagi menjelaskan pendiriannya membantah dasar kontroversi itu di dua pilihanraya kecil bermula hujung bulan ini. 

Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata ia akan turut serta dalam kempen pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah bagi terus menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dua pilihanraya itu - yang diadakan serentak dengan DUN Batang Ai di Sarawak - berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April.

kuala terengganu by election ppsmi coalition handing memo to pakatan 150109 launching bannerGabungan itu pernah berkempen ketika berlangsung pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Januari lalu.

Mereka menabur kira-kira 50,000 risalah yang menyifatkan PPSMI sebagai satu "pengkhianatan" terhadap bangsa dan negara (foto).

Kira-kira 8,000 aktivis bahasa, sasterawan Melayu dan penyokong pembangkang berarak ke Istana Negara dari Masjid Negara petang Sabtu lalu dalam usaha menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Tindakan mereka melanggar arahan polis - yang membenarkan mereka berhimpun di masjid berkenaan sahaja dan melarang sebarang perarakan - kemudian didakwa akibat didalangi parti-parti pembangkang.

Mengulas perkara tersebut, Hasni berkata isu dalang tidak timbul kerana GMP memang turut disertai oleh barisan aktivis bahasa, NGO dan parti-parti politik. 

Bercakap dalam satu sidang media di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini, beliau mengulas penafian pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad semalam.                                                                               -malaysiakini-

Tiada ulasan: