"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Editor blog disoalsiasat lima jam isu fitnah Saiful

Pengendali sebuah blog yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalami penyakit kelamin, disoalsiasat oleh pihak polis selama lima jam hari ini.

Editor Pahang Daily Online yang mahu dikenali sebagai Cucu Mat Kilau sebelum itu telah dihubungi oleh seorang pegawai polis Bukit Aman petang ini sewaktu beliau berada di pekan Indera Mahkota. 

Sepasukan lapan anggota polis dalam dua buah kereta menunggu beliau di rumahnya di Taman Indera Mahkota Atebara Perdana dekat Kuantan, kata pengendali blog itu kepada 
Malaysiakini.

mohd saiful bukhari azlan 4 at jawi 271108Ketika dihubungi Malaysiakinipetang tadi, Cucu Mat Kilau ketika itu dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah Kuantan setelah bertemu dengan pasukan polis tersebut.

Beliau diiringi oleh isterinya ke balai polis yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya.

Ketika dihubungi malam ini, Cucu Mat Kilai berkata beliau dibebaskan tanpa syarat pada jam 11 malam ini selepas memberi kerjasama kepada anggota polis yang menyoalsiasatnya mulai kira-kira jam 6 petang tadi.

Menurutnya, beliau disoalsiasat oleh empat anggota polis, termasuk tiga pegawai dari Bukit Aman.

Menurutnya, beliau dipanggil datang semula jam 11 pagi esok untuk menunjukkan kepada mereka siber kafe tempat beliau bekerja.

Selepas itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis terhadap Saiful petang esok.

Mohd Saiful, yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada Jun lepas, membuat aduan polis Selasa minggu lalu terhadap blog itu yang mendakwa beliau kini tenat akibat sumpah laknatnya tahun lepas.
    
Pemuda itu ke balai polis Damansara bersama bapanya Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamry Idrus.

Aduan itu dilaporkan dibuat bagi meminta polis menyiasat blog tersebut yang didakwa memfitnahnya dengan mengatakan beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah.
    
"Mereka itu mendakwa ia adalah balasan akibat termakan sumpah laknat yang telah saya buat.

"Ini adalah pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar sama sekali. Saya amat sihat," Mohd Saiful dipetik berkata selepas laporan polis itu.

Pemuda itu bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh penasihat PKR itu.

Selepas aduan polis itu 
Pahang Daily Online terus mempertahankan laporan-laporan mereka kerana "yakin berada di pihak yang benar".

Artikel berjudul 'Saiful saman 
Pahang Daily Online' menegaskan blog itu merupakan hak milik peribadi dan tidak memaksa pembaca menerima bulat-bulan artikel yang diterbitkan.

Tulisan itu juga menyebut, Mohd Saiful boleh menggunakan blog peribadi beliau untuk menafikan dakwaan yang dipaparkan dalam 
Pahang Daily Online.

Artikel itu menyebut, prinsip blog itu jelas iaitu melaporkan maklumat yang mengimbangi laporan media arus perdana.

"Justeru itu, kenapa 
Pahang Daily mahu dipersalahkan kerana menyiarkan artikel yang terkadang dihantar sendiri oleh pembaca setia blog ini. 

"Kami hanya mengedit dan menukarkannya dalam bentuk artikel untuk lebih memudahkan pembaca menerima laporan berkenaan," coretan Sabtu lalu dipetik.                                                             -malaysiakini-

Tiada ulasan: