"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis masih cari bekas teman lelaki Elizabeth wong


 Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Bekas teman lelaki Elizabeth Wong yang dikenali sebagai Hilmi Malek, yang diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes gambar bogel Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu,dipercayai masih berada di luar negara sehingga kini.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II, Datuk Ku Chin Wah, pihaknya masih mencari Hilmi bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.

"Masih belum ada apa-apa perkembangan terkini mengenai dia (Hlimi). Kami masih lagi menjalankan siasatan mengenainya," katanya kepada mStar Online hari ini.

Ditanya adakah polis sudah dapat menjejaki lokasi sebenar Hilmi, Ku bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Biar kami siasat dulu. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa kerana ia akan mengganggu siasatan kes ini," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan tampil dan memberi kerjasama dengan pihak polis.

Himli, 34, ahli Parti Keadilan Rakyat dipercayai kini berada di Indonesia sejak tersebarnya gambar separuh bogel Wong 15 Februari lalu.

Bekas teman lelaki Wong itu sepatutnya memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sejak 18 Februari lalu, gagal berbuat demikian.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

-mstar.com.my-

Tiada ulasan: