"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Timbalan Naib Canselor Unisel ditahan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) kerana disyaki menggunakan dokumen palsu bagi melanjutkan kontraknya.

Beliau yang berumur 55 tahun ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes itu di pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 4.30 petang.

Pengarah Siasatannya, Datuk Syukri Abdul berkata, bekas Timbalan Naib Canselor itu menggunakan dokumen palsu tersebut tahun lepas.

"Beliau tamat kontrak sebagai Timbalan Naib Canselor di universiti terbabit pada 2007, bagaimanapun menggunakan dokumen palsu untuk menyambung perkhidmatannya dalam jawatan yang sama pada 2008.

"Sekarang beliau bertugas di sebuah universiti awam di Lembah Klang dan akan dituduh Isnin depan di Mahkamah Klang," katanya ketika dihubungi Bernama semalam. BERNAMA

-mstar.com.my-

Tiada ulasan: