"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Perempuan Puaka': Tertuduh kes 'Puaka' UM Kembali Belajar

Seorang tertuduh kes menconteng perkataan "bini puaka", Mohd Izzuddin Hilmi, kembali menyambung pelajaran di Universiti Malaya bagi semester baru semalam, kata seorang pemimpin pelajar.

Sementara seorang lagi yang dituduh bersamanya, Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, belum kembali ke kampus dan difahamkan masih berada di Chemor, Perak.

Exco kepemimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh memberitahu
Malaysiakini hari ini, lima pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), berjumpa dengan Mohd Syahruldeen di kampungnya semalam.

Beliau, yang juga naib presiden PMIUM, berkata difahamkan Mohd Syahruldeen "belum membuat keputusan" untuk menghadiri kuliah pada semester ini.

Mohd Aizat juga berkata kedua-dua pelajar jurusan syariah itu setakat ini boleh meneruskan pelajaran kerana pihak universiti belum membuat sebarang keputusan.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu pertemuan beliau bersama seorang pegawai kanan kepada Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon semalam.

Mohd Aizat menambah, beliau menerima emel daripada Dr Ghauth pagi ini berhubung status kedua-dua pelajar tersebut.

"Naib canselor kata, setakat ini beliau masih mengkaji isu ini dan beliau akan berbincang dengan HEP (Bahagian Hal Ehwal Pelajar) berhubung status kedua-dua pelajar itu.

"Maknanya setakat ini tidak ada apa-apa keputusan lagi," katanya.

rosmah mansor and universiti malayaMohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen - kedua-duanya pelajar Akademi Pengajian Islam (API) - dituduh menconteng, cuba membakar dan menceroboh dewan kuliah utama akademi tersebut 24 Jun lalu beberapa jam sebelum program isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Kedua-duanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 30 Jun lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,500 tiap seorang keesokannya.

Kes tersebut akan disebut semula 13 Julai ini.

Polis kini sedang menjejaki tiga lagi pelajar API - termasuk presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - bagi membantu siasatan kes tersebut.

Selain contengan "bini puaka", "C4" dan "pembunuh Altantuya", polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri satu program di situ.

Ditanya mengenai status ketiga-tiga suspek tersebut, Mohd Aizat berkata:

"Saya dapat maklumat, ketiga-tiga pelajar tidak hadir ke kuliah semalam. Saya tidak pasti mereka berada di mana".

Polis bercadang mengesan tiga pelajar tersebut di kampus bermula semester baru pengajian yang bermula semalam.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: