"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai: Abe Uji temui lebih 50 peratus penduduk Manek Urai

Intan Abdullah

KUALA KRAI (Hrkh) - Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Manek Urai sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Beliau menjelaskan terpaksa memikul amanah dan tanggungjawab bagi meneruskan usaha yang telah ditinggalkan Allahyarham Paksu Wil.

"Saya bercita-cita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Manek Urai kerana ia merupakan amanah dan tanggungjawab selepas dicalonkan," katanya di sini hari ini.

Beliau juga menjelaskan hubungan dengan Allahyarham Ismail Yaakob begitu rapat kerana telah lama mengenali sejak mula terlibat dengan PAS.

"Dakwaan kami tidak rapat adalah tidak benar kerana saya sudah lama rapat dengan arwah Paksu wil," ujarnya.Image

Beliau juga yakin penyokong Paksu Wil akan terus memberikan sokongan kepadanya bagi meneruskan usaha membangunkan Manek Urai.

Abe Uji juga menjelaskan tumpuan kempen beliau tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.

"Sebaliknya kita akan memberikan tumpuan kepada semua golongan termasuk generasi muda, warga emas tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.

"Alhamdulillah setakat ini kita mendapat sambutan yang baik daripada pengundi di sini," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Operasi PAS Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Haji Abdul Fatah Harun menafikan dakwaan media arus perdana bahawa calon PAS enggan bercakap dengan pihak media semasa penamaan calon semalam.

"Kita telah memberikan respon kepada media, dan ia telah disiarkan RTM dan Astro Awani," katanya.

Umno dan BN kini ujarnya sengaja membesarkan isu latar belakang pendidikan calon PAS biar pun ia tidak memberi kesan kepada pengundi.

"Apabila mereka letak calon yang pendidikan tinggi, dia kata calonnya lebih baik daripada kita (PAS). Itu adalah strategi mereka," ujarnya.

Tiada ulasan: