"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AMK tubuh 'Kejam' bela Anwar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).

Penubuhan ini adalah rentetan usaha konspirasi berterusan pihak kerajaan untuk menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim semenjak tahun 1998 lagi.

Ini termasuklah keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi yang secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.

Demikian kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Katanya setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Anwar Ibrahim.

"Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara - ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini - sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.

"Kejam tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN," kata Shamsul.

Kejam katanya akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.

Tiada ulasan: