"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selesai urusan kroni punca pemansuhan PPSMI dikuatkuasa 3 tahun lagi!

Salmah Mat Husain & Mohd Nor Yahya | Foto Miji

KUALA KRAI, 9 Julai (Hrkh) - Keliru. Penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya dibuat tiga setengah tahun lagi dan bukan sekarang.

Inilah isu yang perlu diketahui ibu bapa. Mengapa kerajaan perlu mengambil masa tiga tahun lagi untuk menguatkuasakan penghapusan PPSMI. Persoalan ini seharusnya dijawab kerajaan kerana dibimbang ada agenda di sebaliknya.

Naib Presiden PAS Dato� Mahfuz Omar berkata, penguatkuasaan pada 2012 agak terlewat setelah ia diperkenalkan pada 1999.

Katanya, beliau antara pihak yang terlibat menentang keras PPSMI pada peringkat awal kerana sudah menyedari tindakan tersebut merugikan anak Melayu terutamanya mereka yang tinggal diluar bandar.

"Saya yakin langkah yang diambil Timbalan Perdana Menteri menghapuskan PPSMI pada 2012 untuk memastikan kontraktor pembekal dan kroni yang mendapat anugerah membekalkan peralatan ICT mendapat manfaat sepenuhnya," katanya pada program ceramah di Manjor semalam.Image

Hadir sama pada ceramah itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli, anggota jawatankuasa PAS, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan anggota Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus.

Semalam Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI akan dimansuhkan kerajaan berkuatkuasa pada 2012.

Mahfuz juga menempelak segelintir pemimpin Umno yang dulunya beria-ia menyokong PPSMI yang dilaksanakan Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba-tiba hari ini menyokong pula pembatalan tersebut.

"Tuan-tuan boleh lihat sendiri setelah sekian lama pihak pembangkang bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan pelbagai bantahan, menghantar memorandum, menghimpunkan 100,000 rakyat, tiba-tiba mereka yang dahulu menyokong dasar itu mengambil tindakan sebaliknya.

"Tidakkah ini dinamakan sebagai sikap hipokrit yang memperlihatkan kepentingan diri dan bukan untuk faedah masyarakat," katanya.

PAS telah lama desak

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan pelbagai pihak termasuk PAS bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI akhirnya menjadi kenyataan biar pun perkara itu berkuatkuasa tiga tahun lagi.

Image Katanya, beliau melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila kerajaan terpaksa akur dengan desakan seluruh rakyat bagi menghapuskan PPSMI.

"Saya adalah antara orang yang paling gembira kerana pembatalan PPSMI itu kerana ia banyak menyusahkan rakyat terutama pelajar sekolah dan guru," katanya.

Beliau berkata, bagi melahirkan masyarakat yang maju dalam pelbagai bidang tidak seharusnya mereka mesti belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Ini kerana katanya telah terbukti kejayaan yang dicapai mereka dalam pelbagai bidang sebelum ini tidak melalui dasar PPSMI.

"Saya kerap kali memberitahu rakan-rakan termasuk sasterawan. Saya menceritakan kepada mereka pejabat saya kerap didatangi pegawai tinggi dari Thailand yang tak boleh berbahasa Inggeris dan juga Melayu, tetapi mereka maju dalam bidang pertanian.

"Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya meningkatkan maju dalam bidang pertanian hanya menggunakan bahasa ibunda.

"Perubahan itu sebenarnya berkait rapat dengan fitrah manusia di mana bahasa itu sendiri sebagai nikmat dari Allah untuk berhubung antara satu dengan yang lain.Image

"Oleh itu saya syukur kepada Allah SWT hasil tentangan habis habisan dari rakyat peringkat bawahan sampai sasterawan Negara yang berarak ke sana sini akhirnya kerajaan terima biar pun penguatkuasaannya hanya tiga tahun lagi," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan begitu besar peruntukan sebelum ini kerana melaksanakan dasar PPSMI biar pun sejak awal lagi rakyat menentang.

"Berapa banyak peruntukan kerajaan keluarkan untuk mencetak buku baru pembelajaran PPSMI, menyediakan kemudahan ICT dan kursus untuk guru dan pelbagai lagi.

"Oleh itu saya doakan mudah-mudahan perkara ini tidak berulang lagi pada masa depan. Sila dengar sungutan rakyat.

"Langkah kerajaan membatalkan PPSMI membuktikan pemimpin BN mengaku melakukan kesilapan paling besar," ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kita tidak memtingkatkan mutu bahasa ibunda melalui Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan mencipta lebih banyak lagi istilah-istilah baru.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Mobalisasi, Suhyaizan Kaiat berkata, pemansuhan PPSMI sebenarnya kejayaan perjuangan rakyat antaranya perhimpunan 100,000 rakyat.

Sahaizan yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, sebelum itu kerajaan tidak pernah berfikir untuk menghapuskan PPSMI biar pun ditentang rakyat dari awal lagi.

Bantah ISA pula

Mahfuz juga berkata, rakyat hendaklah datang beramai-ramai pada 1 Ogos ini untuk membantah Akta ISA.

Beliau yang juga anggota parlimen Pokok Sena mendakwa Perdana Menteri melantik sebuah syarikat yang dikenali APCO Worldwide semata-mata bagi menarik sokongan rakyat kepada kepemimpinan beliau dengan menggunakan duit kerajaan.

Bagaimanapun kata beliau usaha Dato' Seri Najib Razak untuk meraihkan kembali sokongan rakyat nampaknya kurang berkesan memandangkan terdapat banyak tekanan diterima termasuk oleh Dr Mahathir.

Mahfuz juga berharap Perdana Menteri menjelaskan ke mana duit Petronas sebanyak RM254 billion digunakan kerajaan dalam tempoh enam tahun sejak era Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga sekarang.

"Kalau dulu masa Tun Mahathir memerintah kita boleh lihat projek mega seperti pembinaan Litar Formula 1 Sepang, Menara Petronas, tetapi tidak nampak apa yang dibua semasa pemerintahan Abdullah," ujarnya.

Dr Lo' Lo' berkata, sepanjang kempen di Dun Manek Urai kita lihat Umno dan BN banyak menyalahgunakan peralatan kerajaan dalam kempen mereka termasuk sekolah, polis, tentera dan kakitangan hospital.

"Kita datang ke sini bersama jentera parti. Kita terpaksa guna perbelanjaan sendiri, sedangkan mereka datang guna jentera kerajaan, diangkut guna helikopter. Dah berapa ratusan ribu duit rakyat hilang begitu sahaja," katanya.

Tiada ulasan: