"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selsema Babi: Teruskan solat hajat hindari wabak selsema babi

Tarmizi Mat Jam

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - PAS meminta agar semua ahli, penyokong dan rakyat yang beragama Islam di negara ini beramai-ramai melakukan solat hajat di masjid, surau, padang atau di rumah masing-masing dengan doa, semoga Allah membantu menghentikan wabak ini dari terus merebak.

Menurut satu kenyataan enam para Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada media, beliau mengingatkan mereka bukan Islam, agar berdoa kepada tuhan masing-masing mengikut ritual agama mereka.

Katanya, semoga dengan kesatuan doa ini, wabak yang amat berbahaya itu dapat disekat dari terus merebak. Sesungguhnya setiap yang terjadi itu datangnya dari Allah, dan hikmahnya Allah mahu kita bersatu dan terus mengingatinya.

Beliau menegaskan, wabak Influenza H1N1 atau selsema babi ini sebagai satu peringatan dari Allah dan tambahnya lagi, sesungguhnya amat beruntunglah bagi mereka yang tidak pernah lupa menyembah tuhannya.

PAS Pusat amat prihatin terhadap penularan wabak Influenza H1N1 yang ketika ini meningkat kepada 291 kes dengan 47 kes baru dilaporkan hingga pagi 3 Julai lalu. PAS melihat wabak ini satu ancaman baru kepada rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya.

Justeru itu, pelbagai usaha harus dilakukan bagi membasmi penularan wabak ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dato' Seri Liow Tiong Lai berkata wabak selsema babi di negara ini berada di tahap serius tetapi terkawal. Serentak itu, beliau meminta orang-ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan peka terhadap arahan Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa.

Tiong Lai turut menggalakkan orang ramai memakai penutup mulut di tempat awam kerana penularan wabak H1N1 menunjukkan peningkatan setiap hari. Tegasnya lagi, walaupun kadar kematian akibat wabak ini hanya sebanyak 0.44 peratus berbanding 71,000 kes di seluruh dunia, ia tidak boleh dipandang ringan.

Tiada ulasan: