"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai: Abe Uji Berkempen Di Kubu BN

Calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah hari ini melebarkan kempennya ke kubu BN di Manjor bagi menarik sokongan pengundi di situ.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS menang di lapan daripada sembilan daerah mengundi di Manek Urai.

NONESembilan daerah mengundi di Manek Urai ialah Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.

PAS bagaimanapun kalah di daerah mengundi Manjor dengan 31 undi.

BN juga kalah tipis di daerah mengundi Temalir dan Manek Urai Baru.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaacob.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang denga majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi manakala calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394 undi.

NONEDalam lawatan tengah hari tadi, Mohd Fauzi - yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - mengambil peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Perhentian bas baru


Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.

NONEBendera kedua-dua parti yang bertanding, PAS dan BN, dilihat sama banyak di pasang di kawasan tersebut.

Di simpang pertama dalam kampung itu, Abe Uji mengambil kesempatan bermain karom dengan beberapa pemuda PAS di pondok panas mereka.

Juga kelihataan beberapa Pemuda PAS mengambil kesempatan bergambarnya dengannya.

Abe Uji kemudiaannya berkunjung dari rumah ke rumah. Beliau disambut baik dan ditegur beberapa penduduk yang lalang di kawasan tersebut.

'Paku enam inci'


Bagaimanapun terdapat juga penduduk yang kelihatan seperti tidak mempedulikannya.

NONEMalah, seorang tua yang sedang tidur di beranda rumah, dilihat masuk ke dalam apabila Abe Uji dan penyokongnya bergerak berjalan kaki.

Abe Uji berhenti setelah berjalan kira-kira 300 meter sehingga sampai ke markaz ahli parlimen PAS yang terletak tidak jauh daripada rumah ketua cawangan Umno di kampung itu.

Penyokong di markaz tersebut yakin Abe Uji bakal menang di Manek Urai, tetapi belum tentu dapat menambahkan majoritinya.

Menurut mereka, masih sukar untuk PAS menembusi kawasan Manjor kerana "Umno sudah paku enam inci".

Strategi mereka ialah supaya Abe Uji dapat mengekalkan sokongan yang sedia ada.

NONEKata mereka lagi, penekanan juga akan diberikan di Temalir dan Manek Urai Baru.

Petang tadi, Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat menghadiri program di Manek Urai Baru dan Manek Urai lama.

Pada 14 Julai ini, 12,293 pemilih, termasuk 25 pengundi pos, akan memilih calon mereka. Mereka terdiri daripada 99.22 peratus pengundi Melayu, 0.46 peratus Cina dan India 0.23 peratus.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: