"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keluarga bekas tahanan ISA; Abdul Jamal Azhari masih sengsara di Manila

H Fansuri
Mereka kini seolah-olah sudah 'terperangkap' di Manila," kata Ketua Pengarang Harakah Ah
mad Lutfi Othman ketika mengulas perkembangan baru berhubung tragedi yang menimpa ahli keluarga bekas tahanan ISA, Abdul Jamal Azhari dan isterinya Norhatta.

Abdul Jamal Azhari barangkali bukanlah nama besar seperti besarnya perjuangan Norlaila Othman ketika membebaskan suaminya Mat Sah Mat Satray. Namun begitu, penderitaan yang menimpa mereka sekeluarga masih menjalar sehingga ke hari ini.

"Mereka sekeluarga telah diterbangkan ke Filipina ke sana sebelum ini kerana menziarahi Abdul Jamal yang sedang sakit-sakit, tapi sekarang mereka tinggal menyewa di sana," kata Ahmad Lutfi ketika mengulas perkembangan terkini berhubung keadaan keluarga yang malang itu.

Tambah Ahmad Lutfi, kos sewaan rumah penginapan di Manila agak mahal dan dalam keadaan mereka yang tiada pekerjaan, maka mereka kini telah hilang tempat pergantungan di negeri orang.

"Setidak-tidaknya, jika mereka berada di rumah mereka sendiri Sandakan, mereka ada tempat berlindung. Walaupun rumah mereka dan kedai mereka itu serba daif, tapi mereka tidak perlu rungsing memikirkan duit sewa bulanan.

"Tapi, hidup di Filipina, mereka sekeluarga terpaksa memikirkan cara-cara untuk mencari duit sewa rumah. Bayangkan dalam keadaan begitu, bagaimana mereka mahu hidup?" tambah beliau lagi.

Dengan segala dokumen yang serba kekurangan, keluarga Abdul Jamal itu akan sentiasa terdedah kepada ruang-ruang untuk dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Kos penerbangan pulang ke Sandakan menelan belanja ribuan ringgit. Apakah mereka ada harapan untuk kembali ke Sandakan selepas beberapa bulan hidup menyabung nyawa di perantauan?

"Saya baru menerima panggilan telefon daripada Abdul Jamal yang meminta bantuan saya agar berbuat untuk membantu keluarga beliau yang kini menjalani kehidupan yang terlalu sukar di Filipina," kata Ahmad Lutfi lagi.

Petang Selasa lalu (26 Januari), menjelang Maghrib, Abdul Jamal menelefon ketua pengarang Harakah, menagih bantuan seadanya bagi tujuan meringankan bebanan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh setiap ahli keluarganya selama berada di sana. Anak sulung mereka, masih gadis belasan tahun, tentu saja tidak cukup kuat dan betah dalam urusan membantu keluarga itu.

Terdahulu, akhbar Harakah melaporkan - Abdul Jamal Azhari yang dibebaskan daripada tahanan ISA, kini terpaksa ditahan di penjara Filipina atas tuduhan - beliau terlibat dengan kegiatan keganasan di selatan negara itu, melibatkan perjuangan Melayu Moro. Hal ini berlaku sejurus pembebasannya daripada ISA sejak April tahun lalu.

Sejak itu, beliau menderita sejenis penyakit yang agak luarbiasa beratnya. Melalui bantuan dana orang-ramai, maka Harakah sudah pun berhasil mengirim puan Norhatta bersama anak-anaknya ke Filipina untuk menziarahi Abdul Jamal Azhari yang sedang menderita di penjara.

Sebelum ini, anak sulung Abdul Jamal, Norhasimah, 17, memberitahu Ahmad Lutfi bahawa mereka perlukan bantuan kewangan untuk menampung kos ke Filipina.

Tambah beliau, mereka sekeluarga memang ada rancangan untuk kembali ke Filipina bagi membina semula kehidupan di sana. Tetapi, apa yang dirancangkan mereka itu tidak berlaku dengan mudah. Dengan kos sewa rumah yang meningkat, mereka terpaksa membuat keputusan untuk kembali ke daerah lama - Sandakan, Sabah.

"Ketiadaan dokumen menyebabkan sentiasa ada ruang oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka. Di sini, mereka sukar menjalani kehidupan seperti biasa.

"Anak-anak Abdul Jamal contohnya tidak boleh bersekolah disebabkan ketiadaan dokumen yang sah. Kebanyakan mereka tidak mengenal huruf. Melalui kutipan tabung ISA anjuran Harakah, kita beri sumbangan RM5,000, secara berperingkat sebagai biaya pendidikan anak-anak Abdul Jamal," tambah Ahmad Lutfi.

Abdul Jamal Azhari termasuk dalam kumpulan 13 bekas tahanan ISA yang dibebaskan Mohd Najib Abdul Razak bersempena perlantikannya sebagai Perdana Menteri, pada 3 April tahun lalu.

Sehingga kini, telah hampir setahun lebih Abdul Jamal Azhari terpasung di dalam penjara Filipina. Sebelum ini, sudah dua kali rombongan Harakah, diketuai Ahmad Lutfi, berkunjung ke rumah mereka Batu 19, Sandakan untuk meninjau keadaan dari dekat.

Dalam kunjungan itu, Harakah mendapati kedai runcit Norhatta yang lusuh, usang dan tidak terurus itu bukanlah aset besar yang boleh menampung perjalanan mereka ke Manila untuk bertemu Abdul Jamal.

Abdul Jamal dibebaskan daripada penjara Kamunting bersama rakan-rakannya yang lain - Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil dan Admi Pindatun; turut bebas bersama ialah warganegara Indonesian Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril, termasuk lima warga Filipinan Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam and Husin Alih.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga Abdul Jamal Azhari dan Norhatta boleh menyalurkan terus ke dalam akaun HARAKAHDAILY DOT COM, Maybank 564070000336.

Tiada ulasan: