"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pertembung Dua Ulama : Qaradhawi & Zul Kulim

Al-Bakistani
Siapa yang tidak kenal Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Tokoh ulama dan pemikir Islam yang d
ikenali di dunia islam, juga dunia barat. Kehebatan beliau dalam mengupas isu-isu islam, tidak dinafikan. Sebarang fatwa yang dikeluarkan, sudah pasti memberi keuntungan kepada islam.

Disiplin ilmu yang beliau kemukakan, amat mengkagumkan. Lihatlah buku-buku karangan beliau yang masyhur-masyhur, seperti kitab At-taharah, Fiqh Awlawiyyat, Fiqh Aqalliyyat, Siyasah Syariiyyah dan sebagainya. Justeru, tidak hairan, beliau mendapat gelaran "Al-Imam Al-Wasati".

Dunia mengiktiraf kehebatan beliau. Pengiktirafan beliau sebagai ulama, bukan sekadar para ilmuan dalam Malaysia, bahkan ilmuan islam di dunia Islam yang hebat-hebat.

Justeru, ke'ulama'an Dr Yusuf Al-Qaradhawi tidak boleh dinafikan lagi. Bak kata pepatah;

لا يعرف ذا فضل الا ذاوه

Maksudnya;
"tidak mengenali orang yang mempunyai kelebihan, melainkan orang yang mempunyai kelebihan juga"

Adapun Zulkifli nordin seorang peguam islam yang mula dikenali sejak isu pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari parti UMNO dan dari Timbalan perdana Menteri. Di mana sahaja ada isu mahkamah melibatkan Anwar Ibrahim ketika itu, pasti disitu wujud wajah yang bertubuhkan Zulkifli Nordin.

Dikatakan bahawa dahulu beliau pernah menjadi salah seorang YDP PAS di Bandar Tun Razak. Tidak diketahui setara mana kebenaran berita angin tersebut. Di maklumkan juga, beliau pernah diletakkan sebagai calon PAS untuk pilihanraya umum, tetapi majlis Syura menolak.

Apabila pilihanraya umum tahun 2008 bergema, Zulkifli Nordin semakin dikenali apabila beliau bertanding di parlimen kulim dan menang sebagai Ahli
parlimen atas tiket parti Keadilan rakyat (PKR).

Beliau amat terserlah dalam banyak isu, terutama melibatkan isu islam dan melayu.

Pun begitu, kebelakangan ini, apabila tercetus isu kalimah Allah, kehadiran beliau mempertahankan pendapatnya semakin teserlah.

"Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah" ujar beliau dalam memperkatakan tentang isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan (sila
Klik)

Isu kalimah Allah ini, sudah didebatkan dengan begitu hebat sekali. Berbagai pendapat dan hujjah telah dikemukakan, yang akhirnya Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan kenyataan pada 22 Januari yang lalu dengan kata beliau;

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? "

Persoalannya sekarang, siapa yang benar dalam isu kalimah Allah ini? Zul Kulim atau Dr Yusuf Al-Qaradhwi? Pening dibuatnya, apabila melihat pertembungan dua pendapat ulama besar ini.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Danau Kota.
27 januari 2010 * 11:31 malam

Tiada ulasan: