"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Exco Kedah dirombak

Ali Hashim
ALOR SETAR, 25 Feb:
Desas-desus yang mengatakan barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah akan dirombak sebelum ini sudah pasti menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa anggota Exco kemungkinan besar akan ditukar dan digugurkan.

"Adalah satu kebiasaan rombakan dibuat bagi memberi peluang kepada Exco yang dilantik untuk mencuba kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Namun begitu kita akan melihat kepada kesesuaiannya bagi mendapatkan calon yang terbaik,” ujarnya.

Katanya, kuota pelantikan Exco mungkin kekal seperti sedia ada,iaitu tujuh daripada PAS dan selebihnya kepada PKR.

"Sudah dua tahun para Exco berkhidmat,maka eloklah jika diadakan pembaharuan. Apa jua perubahan yang berlaku, akan dimaklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu.

“Manakala istiadat mengangkat sumpah jawatan dijangka akan diadakan pada awal Mac yang akan datang. Ia turut melibatkan beberapa portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya.

Ketika ini Exco yang mewakili PAS ialah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, Datuk Mohd Taulan Mat Rasul, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Dr Ismail Salleh, Abdullah Jusoh, Ustazah Siti Aishah Ghazali manakala daripada PKR ialah S.Manikumar, Lim Soo Nee dan Tan Wei Shu

Tiada ulasan: