"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangan ada tersisih program bersama rakyat

Harakahdaily
IPOH, 24 Feb:
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berharap kerajaan negeri melibatkan semua lapisan masyarakat dalam program bersama rakyat dan jangan ada pihak yang tersisih.

Sehubungan itu, naib ketuanya, Salman Saleh melahirkan rawsa kesal jika benar apa yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan kehadiran rakyat sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri di mana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat sama dilihat tiada sambutan daripada rakyat.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Utusan Malaysia telah melaporkan lebih 5,000 orang rakyat hadir semasa majlis sambutan yang telah diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar pada 14 Februari yang lalu.

Manakala, katanya pada 21 Februari yang lalu, akhbar yang sama telah melaporkan hanya lebih 3,000 orang rakyat hadir di mana perbezaan jumlah tersebut amat ketara kerana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan negeri mengkaji kelemahan setiap majlis yang diadakan terutama apabila Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

Tiada ulasan: